Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LORI DIDAKWA BUNUH LELAKI DI JALAN HORLEY

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI DIDAKWA BUNUH LELAKI DI JALAN HORLEY

Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di lorong tepi sebuah bangunan hotel di Jalan Horley, di sini pada 27 Ogos lepas.

Sumber: BERNAMA

IPOH: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di lorong tepi sebuah bangunan hotel di Jalan Horley, di sini pada 27 Ogos lepas.

M. I. Saravanan, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada mangsa yang dikenali dengan nama Fendi di lokasi terbabit pada 27 Ogos lepas.

Saravanan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S. Nishaalini tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon satu tarikh bagi menyerahkan laporan bedah siasat, laporan patologi, laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan laporan forensik rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Nov untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan-laporan berkenaan.

Tertuduh diwakili Peguam S. Vinesh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading