Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MARITIM TAHAN DUA BOT DIGUNAKAN UNTUK PENGGAMBARAN DI LAUT

DALAM NEGARA

MARITIM TAHAN DUA BOT DIGUNAKAN UNTUK PENGGAMBARAN DI LAUT

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot bersama sebuah platform terapung yang digunakan untuk aktiviti penggambaran berhampiran Pulau Bidong, kira-kira 6 petang semalam.

Sumber: APMM Terengganu

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan dua bot bersama sebuah platform terapung yang digunakan untuk aktiviti penggambaran berhampiran Pulau Bidong, kira-kira 6 petang semalam.

Turut ditahan enam kru bot untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan manakala enam lagi penumpang termasuk seorang pempengaruh media sosial yang berumur antara 21 hingga 32 tahun dibebaskan serta-merta.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata bot berkenaan ditahan dalam Operasi Iman pada kedudukan 16 batu nautika Barat Laut Kuala Terengganu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung bersama sebuah kereta mewah di atasnya, manakala sebuah lagi bot mengiringi aktiviti penundaan berkenaan.

“Platform yang dibina tanpa peralatan keselamatan dan digunakan di laut boleh menyebabkan risiko keselamatan. Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan nyawa kru, penumpang serta komuniti maritim atau pengguna perairan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamiludin berkata pemeriksaan juga mendapati bot yang mengiringi aktiviti penundaan berkenaan beroperasi tanpa lesen yang sah.

Kesemua bot, kru dan penumpang katanya telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu kira-kira 2 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat sah lesen, beroperasi tanpa lesen sah serta melakukan aktiviti penundaan tanpa kebenaran.

“Maritim Malaysia sentiasa menyokong aktiviti pelancongan dan kreativiti anak muda, tetapi mesti dilakukan mengikut peraturan sedia ada bagi menjamin keselamatan nyawa dan kelestarian sektor maritim negara,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading