Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAHKAMAH TINGGI TETAPKAN 20 NOV KEPUTUSAN PERMOHONAN GALI SEMULA KUBUR KADET PALAPES UITM

DALAM NEGARA

MAHKAMAH TINGGI TETAPKAN 20 NOV KEPUTUSAN PERMOHONAN GALI SEMULA KUBUR KADET PALAPES UITM

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 20 Nov depan bagi pendengaran keputusan permohonan gali semula kubur Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi. 

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Nov depan bagi pendengaran keputusan permohonan gali semula kubur Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi. 

Hakim Roszianayati Ahmad menetapkan tarikh itu selepas pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai responden, memohon masa untuk memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan yang dibuat bapa Muhammad Amir Rusyaidi, Muhamad Zaidi Abdul Rahman, 53.

Beliau kemudiannya menetapkan 10 Okt depan bagi kedua-dua responden memfailkan afidavit jawapan manakala pemohon memfailkan afidavit balasan pada 24 Okt.

“Hujahan bertulis difailkan serentak pada atau sebelum 7 Nov 2025 manakala tarikh untuk keputusan (permohonan) 20 Nov 2025,” katanya.

Permohonan dikemukakan Muhamad Zaidi yang diwakili peguam Tun Laila Tun Rafaee itu antaranya bagi membolehkan satu perintah dikeluarkan untuk menggali semula kubur Muhammad Amir Rusyaidi, 25, dan perintah kedua (mengarahkan) pakar forensik Hospital Kuala Lumpur menjalankan bedah siasat ke atas jasad tersebut.  

“Perintah ketiga adalah (untuk mengarahkan) pakar forensik itu mengeluarkan keputusan bedah siasat sebulan selepas bedah siasat dilakukan.

“Perintah seterusnya untuk Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah melantik satu pasukan baharu dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi mengambil alih siasatan dan (kelima) satu perintah untuk inkues dijalankan bagi penyiasatan punca kematian sebenar Muhammad Amir Rusyaidi,” katanya.

Hadir pada prosiding hari ini, Peguam Kanan Persekutuan Azroul Hisham Azulan mewakili KDN (responden pertama) manakala Pengarah Pendakwaan Selangor Kalmizah Salleh mewakili Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar (responden kedua). 

Sementara itu, ibu Muhammad Amir Rusyaidi, Azwati @Azziaton Muhammed Ghalip, 53, ketika ditemui di luar mahkamah berkata permohonan berkenaan dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kematian anak sulungnya itu dan memaklumkan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Firdaus Kampung Sungai Lang di Banting, Kuala Langat, Selangor.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian pada 10 Nov 2024, pelajar UiTM itu dikatakan pengsan semasa menyertai sesi latihan di padang kawad sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia tiga hari kemudian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading