Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU X50 TERSEPIT DILANGGAR BAS PEKERJA

DALAM NEGARA

PEMANDU X50 TERSEPIT DILANGGAR BAS PEKERJA

Seorang pemandu kereta tersepit dalam kenderaan selepas terlibat dengan kemalangan tiga kenderaan di Jalan Counnaught Bridge menghala ke Klang, di sini pagi tadi.

KLANG: Seorang pemandu kereta tersepit dalam kenderaan selepas terlibat dengan kemalangan tiga kenderaan di Jalan Counnaught Bridge menghala ke Klang, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.36 pagi tadi melibatkan sebuah bas pekerja, sebuah SUV jenis Proton X50 dan sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC.

“Kejadian berlaku apabila bas pekerja itu berlanggar dengan Proton X50 kemudian motosikal melanggar bahagian belakang kereta.

“Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu Proton X50 berusia 30 tahun yang tersepit di bahagian pemandu selain mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada,” katanya dalam satu kenyataan.

Penunggang motosikal berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading