Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS NYARIS MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH

DALAM NEGARA

WARGA EMAS NYARIS MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH

Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Sei Haneco 2/3, Taman Sri Haneco, di sini petang semalam.

SEMENYIH: Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Sei Haneco 2/3, Taman Sri Haneco, di sini petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, panggilan berhubung kejadian diterima kira-kira jam 2.31 petang sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 40×70 kaki persegi telah terbakar 60 peratus.

“Mangsa berusia 78 tahun yang terlibat dalam kejadian bagaimanapun berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Ujarnya, bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dikawal pada jam 2.55 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading