PEMANDU X50 TERSEPIT DILANGGAR BAS PEKERJA

KLANG: Seorang pemandu kereta tersepit dalam kenderaan selepas terlibat dengan kemalangan tiga kenderaan di Jalan Counnaught Bridge menghala ke Klang, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.36 pagi tadi melibatkan sebuah bas pekerja, sebuah SUV jenis Proton X50 dan sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC.

“Kejadian berlaku apabila bas pekerja itu berlanggar dengan Proton X50 kemudian motosikal melanggar bahagian belakang kereta.

“Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan pemandu Proton X50 berusia 30 tahun yang tersepit di bahagian pemandu selain mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada,” katanya dalam satu kenyataan.

Penunggang motosikal berusia 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online

Leave a Reply