Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENAMBAHAN 1,500 GURU KAFA BUKTI TEKAD KERAJAAN PERKASA PENDIDIKAN AGAMA

DALAM NEGARA

PENAMBAHAN 1,500 GURU KAFA BUKTI TEKAD KERAJAAN PERKASA PENDIDIKAN AGAMA

Penambahan bilangan 1,500 guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bukti kerajaan serius dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan agama di Malaysia.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penambahan bilangan 1,500 guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bukti kerajaan serius dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan agama di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, usaha itu bagi memastikan KAFA kekal relevan dengan perkembangan semasa selaras dengan falsafah pengajiannya iaitu untuk membentuk generasi “khairu-ummah”.

“Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada 13 Mei 2024 oleh International Journal of Humanities Technology and Civilization, Universiti Malaysia Pahang yang bertajuk Keberkesanan Program Pendidikan KAFA dalam Pembangunan Adab dan Kerohanian Murid: Kajian di Daerah Kuantan, kompetensi guru merupakan elemen utama sebagai penentu keberkesanan program KAFA ke arah pembangunan adab dan kerohanian murid.

“Pelantikan guru KAFA dibuat dalam kalangan mereka yang mempunyai kelulusan Pendidikan Islam dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Usaha ini adalah untuk memastikan kompetensi guru KAFA, program latihan perguruan termasuk melalui sistem Smart Murabbi dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkenaan langkah-langkah kerajaan untuk memperkasakan KAFA di seluruh negara.

Terdahulu, cadangan penambahan bilangan 1,500 guru KAFA telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 2025 bertujuan menangani isu kekurangan guru, pertambahan murid dan pembukaan kelas Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Mohd Na’im menjelaskan, nisbah guru kepada murid yang dijajarkan 1 nisbah 30 (1:30) bertujuan untuk memastikan elemen keberkesanan dan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran atau PdP.

Dalam perkembangan lain, bermula tahun depan, peperiksaan KAFA Pra-tahfiz akan dilaksanakan di premis KAFA terpilih sebagai nilai tambah kepada sijil UPKK sedia ada.

“JAKIM akan terus mendukung aspirasi Kerajaan Madani untuk memperkasakan KAFA supaya kekal dinamik dan berdaya saing. Usaha ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan Islam untuk melahirkan insan berilmu, berakhlak dan mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat,” jelas Mohd Na’im.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading