Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDUDUK, ANAK KARIAH MASJID BEKERJASAMA MUDAHKAN PENGEBUMIAN MUHAMAD HAFIZ

DALAM NEGARA

PENDUDUK, ANAK KARIAH MASJID BEKERJASAMA MUDAHKAN PENGEBUMIAN MUHAMAD HAFIZ

SUNGAI PETANI: Orang ramai termasuk kenalan dan saudara mara penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sudah mula berada di perkarangan Tanah Perkuburan Masjid Al Huda Kampung Jerung sejak jam 12 tengah hari tadi.

Kenalan dan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh menunggu ketibaan jenazah di Masjid Al Huda Kampung Jerung

SUNGAI PETANI: Orang ramai termasuk kenalan dan saudara mara kepada penghantar makanan yang maut dalam nahas pesawat, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sudah mula berada di perkarangan Tanah Perkuburan Masjid Al Huda Kampung Jerung sejak jam 12 tengah hari tadi.

Menurut jiran Allahyarham di Taman Sidam Kiri, Mohd Nazri Jamaludin, 49, berkata penduduk termasuk anak kariah masjid mula bergotong-royong menggali liang dan menyediakan makanan sejak awal pagi .

“Di sini ada khairat kematian, jadi selepas dimaklumkan jenazah akan dibawa balik, kami bahagi tugas masing-masing, kubur mula dikorek kira-kira jam 9 pagi tadi menggunakan jengkaut dan mengambil masa kira-kira sejam.

“Khemah pun sudah dipasang, Alhamdulillah semuannya berjalan dengan baik,” katanya ketika ditemui di sini.

Pesara tentera ini menyifatkan Allahyarham seorang yang berperwatakan tenang dan mudah didekati.

Sementara itu menurut saudara Allahyarham, Badli Mohd Razali, 41, dia bersyukur kerana urusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berakhir dengan cepat.

Dia yang juga penunggang p-hailing tiba awal ke masjid bagi mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Masjid Al Huda, Kampung Jerung, di sini.

Terdahulu jenazah sudah dibawa pulang Jabatan Forensik HTAR kira-kira jam 10 pagi tadi dan dijangka tiba di tanah perkuburan selepas Zohor.

Kelmarin, 10 mangsa disahkan terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV.

Mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di lokasi nahas.

Turut terbabit dalam nahas, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading