PENDUDUK DIBENARKAN KEMBALI KE UTARA GAZA PADA ISNIN HASIL PERANTARAAN QATAR
Qatar memaklumkan Israel akan membenarkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dari selatan Gaza kembali ke wilayah utara enklaf itu bermula pagi Isnin.
ISTANBUL: Qatar memaklumkan Israel akan membenarkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dari selatan Gaza kembali ke wilayah utara enklaf itu bermula pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid Al-Ansari.
“Mulai pagi esok Isnin, pihak berkuasa Israel akan membenarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza untuk kembali dari kawasan selatan ke wilayah utara Semenanjung Gaza.
“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan yang diketuai oleh perantara, persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak, dengan Hamas akan menyerahkan tawanan (Israel) Arbel Yehud dan dua tawanan lain menjelang Jumaat depan. Selain itu, Hamas akan membebaskan tiga lagi tawanan pada Sabtu,” kata Al-Ansari dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau menyatakan bahawa Israel akan mengemukakan senarai 400 penduduk Palestin yang ditahan sejak 7 Okt 2023 pada setiap Ahad sepanjang fasa pertama.
Menurut Al-Ansari, perjanjian itu turut termasuk Hamas memberikan maklumat mengenai bilangan tawanan yang akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian.
Fasa pertama selama enam minggu perjanjian gencatan senjata Gaza bermula pada 19 Jan, menghentikan sementara serangan genosid Israel yang telah meragut nyawa lebih 47,300 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,400 yang lain sejak 7 Okt 2023.
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu merangkumi pertukaran tahanan dan keamanan yang berterusan, bertujuan mencapai gencatan senjata secara kekal serta pengunduran tentera Israel dari Gaza.
Serangan Israel telah menyebabkan lebih 11,000 orang hilang, dengan kemusnahan yang meluas dan krisis kemanusiaan yang meragut nyawa ramai warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November lepas terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas wilayah itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager