Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANGGUR TIKAM IBU DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

PENGANGGUR TIKAM IBU DIREMAN TUJUH HARI

MELAKA: Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.

Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam. – Bernama

MELAKA: Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.

Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, akhbar melaporkan gara-gara mendengar ‘bisikan’, seorang penganggur tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dipetik sebagai berkata mangsa yang merupakan pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading