PENGEBOMAN HOSPITAL DI GAZA PERBUATAN GILA, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN – PM ANWAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden pengeboman sebuah hospital di Semenanjung Gaza sebagai perbuatan gila dan tidak berperikemanusiaan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengutuk serangan tersebut yang disifatkan insiden paling berdarah sejak konflik melanda. – AFP
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan insiden pengeboman sebuah hospital di Semenanjung Gaza sebagai perbuatan gila dan tidak berperikemanusiaan.
Anwar yang mengecam dan kesal dengan perbuatan itu berkata krisis Palestin-Israel sudah keterlaluan dan patut dihentikan segera.
“Apapun dituduh, siapapun (menuduh) maknanya ini kesan daripada serangan dan perang. Sebab itu, kita kata sebaiknya hentikan!.
“Kalau teruskan, ini mangsanya wanita, anak-anak dan pesakit. Ini sudah capai tahap gila dan tidak berperikemanusiaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri simposium The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam serangan udara di Hospital Arab Al-Ahli yang terletak di tengah Gaza.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengutuk serangan tersebut yang disifatkan insiden paling berdarah sejak konflik melanda.
Susulan itu, Anwar merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan beberapa negara bagi membincangkan krisis di Gaza itu.
“Saya akan fikir keperluan dan berbincang dengan beberapa pimpinan (negara) sama ada saya harus jelajah ke beberapa negara atau melalui telefon sahaja,” katanya.
Anwar turut memaklumkan akan berjumpa Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammad Salman bin Abdul-Aziz Al Saud ketika menghadiri sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi membincangkan konflik berkenaan.
Mengenai status pasukan pengaman negara di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNIFIL) di Lubnan, Anwar berkata ketika ini pasukan tersebut masih dikekalkan.
Menurutnya, keputusan untuk mengekalkan pasukan keamanan di negara itu dibuat bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Jadi jika keadaan keselamatan dapat terjamin seperti sekarang, kita teruskan dan jika tidak, kita akan bawa mereka pulang,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager