PENGGIAT NASYID JADI BILAL RAWATIB DI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan beberapa pelan khas untuk membantu penggiat nasyid yang terjejas akibat impak Covid-19 dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata antara pelan jangka pendek adalah melantik artis nasyid sepenuh masa untuk bertugas sebagai bilal rawatib di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

Perkara itu antara keputusan dibuat Zulkifli selepas mengadakan perjumpaan dengan Munsyid Malaysia dan Nasyeed.com, yang mewakili penggiat nasyid tanah air, di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah semalam. — AlHijrah Online

Leave a Reply