DALAM NEGARA
PENIAGA BAZAR RAMADAN RUNSING SUKAR DAPAT BAHAN MENTAH
Para peniaga dalam pada itu berharap pengguna dapat memahami jika berlaku kenaikan harga jualan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.
Para peniaga dalam pada itu berharap pengguna dapat memahami jika berlaku kenaikan harga jualan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.
KUALA LUMPUR: Dalam keterujaan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi, cabaran berbeza perlu dilalui peniaga bazar Ramadan.
Mereka kini berdepan masalah mendapatkan bahan mentah untuk jualan.
Menurut peniaga murtabak yang mesra dipanggil Lin, dia masih tidak mempunyai bekalan tepung bagi jualan murtabaknya untuk bulan Ramadan nanti.
“Persiapan untuk bulan Ramadan tahun ini memang agak lain sikit, sebab macam tahun lepas kita siapkan barang seperti tepung, ayam dan daging dah ada stok awal, tapi tahun ni tepung memang susah nak cari,” katanya.

Tambahnya, bukan sahaja kekurangan stok untuk kegunaan jualan bazar Ramadan, malah turut mengganggu stok bahan mentah untuk jualan harian.
Bagi mengatasi masalah itu, peniaga perlu berkorban dengan membeli tepung yang lebih mahal berbanding tepung murah yang biasa digunakan.
Menurut peniaga kuih-muih tempatan, Zuraidah Abu Kasim, dia sudah mula mengumpulkan stok tepung dan minyak secara berkala meskipun terpaksa memilih yang lebih mahal.

“Tepung jenama biasa yang saya guna tu harganya RM13.50 sahaja, tetapi sebab selalu kehabisan stok saya terpaksa beli jenama lain yang berharga RM25.30 sepaket.
“Jadi, kalau meniaga tahun ni memang perlu naikkan sikit harga kuih tu,” katanya.
Dalam pada itu, bagi peniaga ayam goreng, Amelia Ghazali pula, dia bimbang jika harga ayam tinggi sukar untuk mendapatkan keuntungan.

“Nak cari ayam sekilo setengah harga bawah RM9 tu susah, paling murah pun boleh dapat RM8.90 kalau ayam bersih RM9.50,” katanya.
Para peniaga dalam pada itu berharap pengguna dapat memahami jika berlaku kenaikan harga jualan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah. –AlHijrah Online

Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah yang pertama dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan otak manakala jemaah yang kedua akibat jangkitan kuman...
Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil memohon maaf atas kekhilafan berkenaan sahabat...
Seorang bayi lelaki berusia dua bulan ditemukan orang awam dalam keadaan dibaluti kain selepas ditinggalkan di...
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan sehingga tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter...
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mengurung serta meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.