Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJANA: RM9 BILION UNTUK TANGANI MASALAH PENGANGGURAN, PENGEKALAN PEKERJAAN RAKYAT – PM

DALAM NEGARA

PENJANA: RM9 BILION UNTUK TANGANI MASALAH PENGANGGURAN, PENGEKALAN PEKERJAAN RAKYAT – PM

PUTRAJAYA: Sebanyak RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara, ekoran wabak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dijangkakan peruntukan berkenaan, yang akan disalur melalui beberapa insiatif, akan dapat memanfaatkan seramai tiga juta tenaga kerja dalam negara.

“Saya tahu ramai dalam kalangan masyarakat yang bimbang akan risiko kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan berikutan banyak sektor dan aktiviti ekonomi terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Saya faham ekonomi akan mengambil masa untuk pulih dan terdapat golongan masyarakat  yang masih perlukan bantuan sepanjang pemulihan ekonomi,” katanya ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi stesen radio dan televisyen hari ini.

Muhyiddin berkata ini termasuk melanjutkan program Subsidi Upah yang diperkenal dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN Tambahan sebelum ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM5 bilion. — BERNAMA 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading