SYAWAL PENUH MAKNA, RUMAH USANG DIBiNA SEMULA SERBA BARU

Ianya bermula dengan laporan Berita AlHijrah pada 6 Mei lalu, rumah usang yang didiami sebuah keluarga di Kg Alor Lek Kasar, Setiu, Terengganu dibina semula serba baru Syawal ini.

Keluarga enam beranak itu dulunya berhimpit dalam satu ruang rumah kayu yang usang tanpa bilik, kini mampu tersenyum dengan rumah yang lebih luas dua bilik, dilengkapi perabot dan peti ais yang lebih selesa.

Terima kasih kepada pihak yang membantu khususnya wakil rakyat tempatan, alumni SHAMS dan penduduk prihatin.

Sesungguhnya umat Islam bersaudara dan bantuan sumbangan RM20,000 yang diguna untuk membina rumah keluarga yang memerlukan ini membuktikan kuasa ummah melalui sedekah dan infak.

Ikuti visual laporan Berita AlHijrah siaran 4 Jun 2020 sempena bulan Syawal yang mulia. — AlHijrah Online

dulu
sekarang

Leave a Reply