Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang memuat naik video berdurasi selama lebih tiga minit itu.
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang memuat naik video berdurasi selama lebih tiga minit itu.
Beliau berkata laporan berhubung perkara itu telah dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang, petang semalam.
“Berdasarkan laporan, video itu memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina umat agama Islam dan ia telah dimuat naik semalam, dipercayai dihasilkan ekoran isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu.
“Bagaimanapun video itu telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai. Siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Razarudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.
Beliau berkata polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.
“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan menggunakan segala undang-undang sedia ada, tanpa mengira siapa juga yang terlibat dalam memainkan isu 3R.
“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak menyentuh isu-isu berkenaan yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan ketegangan sehingga mengancam keselamatan negara kita yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests