LAPORAN JAWATANKUASA KHAS KAJI KOMPETENSI DUN GUBAL UNDANG-UNDANG ISLAM SEDIA DIBENTANG
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata kajian dibuat antaranya mengenai isu kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah.
enteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam telah menyediakan laporan kajian yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja akan datang untuk perkenan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata kajian dibuat antaranya mengenai isu kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah.
“Taklimat gerak kerja Jawatankuasa Khas telah dibentangkan dalam Mesyuarat MKI Kali ke-72 pada 23 Ogos 2024.
“Bagi memastikan kajian yang komprehensif dibuat, sesi libat urus dengan pihak berkepentingan telah dibuat oleh Jawatankuasa Khas,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad yang meminta perkembangan terkini kajian Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Beliau berkata antara sesi libat urus dilaksanakan adalah melibatkan Jawatankuasa Muzakarah MKI, Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Ketua Hakim Syarie Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pakar perundangan dan perlembagaan.
“Pendekatan sedemikian secara tidak langsung dapat membantu Jawatankuasa Khas untuk melihat semua aspek berkaitan secara holistik sama ada daripada aspek Perlembagaan Persekutuan, perundangan sivil dan Syariah termasuklah Hukum Syarak bagi memastikan laporan kajian yang komprehensif dapat dihasilkan,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Musoddak mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen yang mahukan pakar bukan Islam untuk menyertai Jawatankuasa Khas itu, Mohd Na’im berkata ia tidak dianggotai orang bukan Islam namun beberapa siri libat urus telah dilakukan melibatkan pertubuhan bukan Islam.
Pada masa sama, Jawatankuasa Khas itu turut memanggil pertubuhan bukan Islam bagi mendapatkan pandangan dalam beberapa isu berkaitan dengan mereka seperti perkahwinan dan memeluk Islam serta konflik yang timbul melibatkan mahkamah syariah atau sivil yang memerlukan rujukan.
“Jawatankuasa Khas ini berperanan sebagai rujukan utama untuk melihat sejauh mana pertindihan bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Senator Hussin Ismail. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests