Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERHIMPUNAN #TURUN: 30 INDIVIDU DIPANGGIL TERMASUK PENGANJUR

DALAM NEGARA

PERHIMPUNAN #TURUN: 30 INDIVIDU DIPANGGIL TERMASUK PENGANJUR

Perhimpunan yang diadakan semalam dihadiri kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik, dipercayai tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

KUALA LUMPUR: Polis memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur perhimpunan #Turun untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata individu yang dipanggil untuk hadir pada esok dan Selasa itu akan dimaklumkan identiti mereka selepas polis selesai merakamkan keterangan masing-masing.

“Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut akan diambil,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap perhimpunan tersebut yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Perhimpunan yang diadakan semalam dihadiri kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik, dipercayai tidak mematuhi peruntukan undang-undang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading