Berdasarkan aduan orang awam, premis ini disyaki menyorok minyak masak bersubsidi peket daripada dijual kepada pelanggan serta wujud perlakuan tidak beretika iaitu penjualan bersyarat dan menyimpan sejumlah minyak masak di stor premis itu.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 1,944 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM4,860 dalam serbuan di sebuah pasar raya di Kota Warisan, Sepang, Jumaat lepas.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu, pihaknya turut merampas beberapa resit berkaitan urus niaga minyak masak bersubsidi dari premis terbabit.
“Berdasarkan aduan orang awam, premis ini disyaki menyorok minyak masak bersubsidi paket daripada dijual kepada pelanggan serta wujud perlakuan tidak beretika iaitu penjualan bersyarat dan menyimpan sejumlah minyak masak bersubsidi di stor premis itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azman berkata berdasarkan aduan, premis terbabit menetapkan syarat agar pembeli membeli barangan keperluan lain bagi membolehkan pembelian minyak masak bersubsidi.
Katanya, premis terbabit telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 atas kesalahan meletakkan syarat-syarat yang menyalahi undang-undang semasa menjual barang kawalan.
Beliau berkata premis terbabit juga gagal menyerahkan dokumen deklarasi maklumat berhubung keberadaan sebenar bekalan minyak masak bersubsidi kepada pihak penguatkuasa.
Katanya, premis itu akan disiasat di bawah AKB 1961 berdasarkan Seksyen 16A (1)(b) atas keengganan menjual barangan berjadual dalam milikannya dengan kuantiti yang munasabah kepada pelanggan dalam urusan perniagaan serta Peraturan 13 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 berkaitan penyelenggaraan buku stok bagi barangan berjadual oleh pemborong dan peruncit.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) AKB 1961, Azman berkata penjual boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Tindakan tegas tanpa kompromi dalam penguatkuasaan akan dikenakan bagi membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna,” katanya.
Katanya, pengguna disarankan menyalurkan maklumat berkaitan perlakuan penyelewengan barangan subsidi melalui saluran rasmi seperti WhatsApp 019-2794317 dan 019-848 8000, portal eaduan.kpdnhep.gov.my, talian 1-800-886-800, portal e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi Ez ADU dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.