Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

33 UNIT PONDOK TAHFIZ MADRASAH AL-IMANIYAH, KUANTAN MUSNAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

33 UNIT PONDOK TAHFIZ MADRASAH AL-IMANIYAH, KUANTAN MUSNAH TERBAKAR

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan berikutan pondok tahfiz itu tidak berpenghuni kerana difahamkan penghuninya sedang bercuti.

Sumber Gambar: Facebook

KUANTAN: Kira-kira 33 unit pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniyah di Kampung Darat, Jalan Sungai Ular, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan berikutan pondok tahfiz itu tidak berpenghuni kerana difahamkan penghuninya sedang bercuti.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.39 pagi sebelum 16 anggota dan pegawai  bersama-sama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dan Indera Mahkota digerakan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba api masih marak di premis yang menempatkan kira-kira 100 unit pondok kayu itu dan kedudukan pondok yang rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

“Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal pada 10.29 pagi dan lebih 30 unit pondok musnah sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading