KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak kerajaan mewujudkan mekanisme khas yang membolehkan bakal jemaah menyemak status syarikat pengendali umrah dan status visa umrah dalam talian.
Cadangan itu disuarakan ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan bagi mengatasi masalah penipuan umrah yang terus berleluasa di negara ini.
Katanya, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
yang menunjukkan peningkatan kes dilaporkan dari tahun ke tahun itu,
membuktikan kedegilan pihak tidak bertanggungjawab menipu orang ramai.
“Penipuan ini bukan sehari dua, kita harap pihak kerajaan akan memantau kes penipuan umrah ini dengan lebih dekat.
“Kita rasa perlu ada mekanisme semakan dalam talian, untuk semak siapa-siapa yang pergi umrah dengan butiran terperinci (pengendali umrah, visa dan maklumat berkaitan) bagi atasi masalah ini.
“Ia perlu dilakukan dengan segera,” katanya ketika diminta mengulas laporan khas penipuan umrah Berita AlHijrah kelmarin.
Statistik
terkini PDRM berkaitan penipuan pakej umrah dan ziarah yang diperoleh AlHijrah
Online menunjukkan 311 kes penipuan membabitkan kerugian RM10.8 juta dicatatkan
dari 2014 hingga 2018.
Jika diteliti,
trend penipuan umrah adalah semakin parah apabila mencatat peningkatan daripada
64 kes pada 2014 kepada 104 kes pada 2018.
Statistik sama
turut menunjukkan 38 kes dengan nilai kerugian RM849,980 direkodkan bagi enam
bulan pertama 2019.
Situasi ini amat membimbangkan selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memansuhkan Lesen Khas Umrah (LKU) pada 1 September lalu bagi membolehkan lebih ramai ejen mengendalikan pakej umrah dengan memberi kelonggaran kepada syarat lesen khas itu.
Laporan khas AlHijrah Online yang turut menemubual
tiga mangsa penipuan umrah membabitkan syarikat dan individu bergelar “dato”
yang menawarkan pakej umrah serendah RM1,500 kepada 250 penduduk PPR Kerinchi di
Lembah Pantai.
Mangsa sepatutnya diterbangkan ke Tanah Suci
pada Oktober tahun lalu, sebaliknya mereka ditipu dan tidak ke Makkah sehingga
ke hari ini.
“Memang orang kita mudah ditipu. (Mereka yang menipu) licik dengan guna modus operandi bawa jemaah jumlah kecil dahulu.
“Kumpulan awal akan pergi dulu tapi kumpulan lepas itu tipu. Mereka memang rancang tipu untuk lima tahun akan datang,” kata Nadzim menegaskan ramai menjadi mangsa kerana bayaran murah selain “diyakinkan” dengan kumpulan terdahulu yang dibawa ke Makkah.
Menurut seorang mangsa yang bergelar “haji”, kumpulan pertama hanya membayar RM500 pada 2015 dan diterbangkan ke Makkah untuk ibadah umrah.
Ia diikuti kumpulan kedua setahun berikutnya
dengan bayaran RM1,000 setiap jemaah dan bayaran RM3,800 pada 2017.
Namun ketika trip pada tahun lalu (2018), pakej
umrah itu dibatalkan tanpa sebarang sebab dengan sekurang-kurangnya 250 mangsa dari
PPR Kerinchi ditipu.
“Ramai lagi mangsa yang kena tipu bukan hanya di PPR Kerinchi, di kawasan lain di Lembah Pantai ramai kena tipu dari golongan pesara, ibu tunggal, surirumah dan warga emas,” katanya enggan dinamakan atas faktor keselamatan.
Ditanya mengenai desas desus Majlis Kawal Selia
Umrah (MKSU) yang mungkin dibubarkan, Nadzim yang mendengar berita sama berkata,
beliau mahu pihak terbabit menjelaskan sebab tindakan itu diambil.
“Saya ada dengar khabar ini (MKSU) mungkin dibubarkan.
Jika benar ia langkah ke belakang dalam menangani penipuan umrah. Ia akan buka
ruang kepada lebih banyak penipuan,” katanya. – AlHijrah Online/Syed Azwan Syed
Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Pingback: MEKANISME SEMAKAN DALAM TALIAN ATASI PENIPUAN UMRAH: PPIM – ALHIJRAH ONLINE – 10/10/2019 – PPIM