PETUGAS KESIHATAN PERKHIDMATAN AWAM TOLAK ANJURAN MOGOK, UTAMAKAN PESAKIT – DR ZALIHA
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara itu perlu ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menghargai komitmen dan profesionalisme tinggi petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam yang meletakkan keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi dengan menolak anjuran mogok melibatkan doktor baru-baru ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara itu perlu ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menolak anjuran untuk mogok dalam kalangan doktor baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.”
Media melaporkan kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari dari 3 hingga 5 April dengan tidak akan hadir bertugas serta mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.
Dr Zaliha berkata hebahan mengenai Mogok Doktor Malaysia yang telah ditularkan dalam laman sosial dengan dijangka melibatkan antara 8,000 hingga 12,000 doktor kontrak telah gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan seperti yang dirancang oleh penganjur.
“Keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi terus menjadi inspirasi setiap daripada mereka (doktor).”
“Kod etika profesional dalam kalangan pegawai perubatan dan yang lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan di negara ini kepada suatu anjakan paradigma yang sentiasa disegani,” katanya.
Beliau berkata anjuran mogok itu dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif serta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat.
“Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada kepimpinan tertinggi KKM, pengarah-pengarah kesihatan negeri dan hospital serta ketua perkhidmatan dalam kesiapsiagaan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan tempoh hari,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager