PKP 2.0 DILANJUTKAN SEHINGGA 18 FEBRUARI 2021

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akan dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan tersebut melibatkan semua negeri kecuali Sarawak yang kekal sebagai PKP Bersyarat (PKPB)  dan kawasan yang diisytiharkan PKP Diperketatkan (PKPD).

“Di atas penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sidang khas bersetuju untuk lanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara dari 5 hingga 18 Februari ini,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Ismail Sabri berkata dalam tempoh lanjutan PKP 2.0, sektor ekonomi yang dibenarkan boleh terus beroperasi dan tiada sekatan seperti PKP yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Namun katanya, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tempoh lanjutan tersebut. – AlHijrah Online

Leave a Reply