PM SELESAI TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini.

Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Beliau menerima suntikan berkenaan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya Presint 11.

Ketua Jururawat Kesihatan PKD Putrajaya Presint 11, Lina Ibrahim dipertanggungjawabkan untuk memberikan suntikan kepada Muhyiddin.

Acara bersejarah yang berlangsung sekitar jam 2.40 petang itu turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Selesai menerima suntikan, Muhyiddin telah dibawa ke ruang khas bagi menunggu selama kira-kira 15 hingga 30 minit untuk pemantauan.

Turut menerima suntikan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. — AlHijrah Online

Leave a Reply