Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR DIBENAR MEMAKAI PAKAIAN BERSESUAIAN KE SEKOLAH

DALAM NEGARA

PELAJAR DIBENAR MEMAKAI PAKAIAN BERSESUAIAN KE SEKOLAH

KUALA LUMPUR: Pelajar yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian selain uniform yang bersesuaian untuk ke sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kelonggaran sementara itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa.

“KPM ingin memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

“Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021 iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021,” jelas kenyataan KPM.

KPM berharap kebenaran itu akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka.

Kementerian itu dilapor banyak menerima pertanyaan daripada ibu bapa tentang peraturan pemakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

Maklum KPM, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading