DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI MYSEJAHTERA

PUTRAJAYA: Pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan boleh dilakukan menerusi aplikasi MySejahtera mulai hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai boleh mengemukakan permohonan bagi menerima suntikan vaksin tersebut.

“Pendaftaran bagi vaksin ini telah dibuka melalui aplikasi MySejahtera dan (orang ramai) boleh melakukan kemas kini kepada aplikasi menerusi platfom iOS, Android atau Huawei,” katanya selepas pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Tambahnya, kerajaan telah menghantar permohonan bagi mengemaskini aplikasi MySejahtera bagi semua sistem operasi talian.

Sementara itu, Khairy memaklumkan sebanyak 465,081 permohonan pendaftaran vaksin COVID-19 telah diterima setakat jam 2.45 petang, hari ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply