Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JENAZAH BAPA DIBAWA KE SEKOLAH UNTUK TATAPAN TERAKHIR CALON SPM

DALAM NEGARA

JENAZAH BAPA DIBAWA KE SEKOLAH UNTUK TATAPAN TERAKHIR CALON SPM

KUALA KANGSAR: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diuji dengan pemergian bapa tersayang.

Lebih memilukan, Muhammad Haikal Iskandar Zamry, 18, tidak dapat hadir ke upacara pengebumiaan ayahnya kerana perlu menduduki SPM.

Pun begitu pelajar tersebut diberi peluang untuk menatap wajah terakhir ayahnya selepas van jenazah yang membawa jenazah bapanya singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru.

Guru bimbingan dan kaunseling sekolah itu, Badariah Mohd Mohaidin sempat merakamkan detik sedih pelajar berkenaan yang mengundang rasa sedih warganet.

Badariah berkata jenazah bapa Muhammad Haikal Iskandar dibawa ke sekolah atas cadangan ibunya.

Bapa pelajar itu dilapor meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Taiping namun pelajar terbabit tidak berpeluang menziarahi arwah disebabkan prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19.

“Ayahnya meninggal dunia pada Selasa akibat masalah jantung dan kencing manis setelah dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.

“Selepas menerima khabar duka itu, dia ada pergi hospital pada untuk melihat jenazah ayahnya. Tetapi setibanya di sana, dia tidak dibenarkan masuk,” kata Badariah memetik laporan Sinar Harian.

Jenazah bapa pelajar itu dilapor dikebumikan di Kampung Tahan, Sauk kira-kira jam 11.30 pagi.

Pelajar tersebut dimaklumkan perlu menduduki peperiksaan bermula jam 10 pagi semalam hingga petang.

Muhammad Haikal Iskandar anak sulung dari tiga beradik dengan latar belakang keluarganya adalah dari keluarga kurang berkemampuan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading