Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PN ENGGAN KERJASAMA DENGAN PH BENTUK KERAJAAN PERPADUAN – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

PN ENGGAN KERJASAMA DENGAN PH BENTUK KERAJAAN PERPADUAN – MUHYIDDIN

Ktersebut dibuat selepas Istana Negara mencadangkan supaya kerjasama itu dibentuk susulan tiada parti dilihat berjaya mendapat jumlah majoriti yang mencukupi.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menegaskan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan tersebut dibuat selepas Istana Negara mencadangkan supaya kerjasama itu dibentuk susulan tiada parti dilihat berjaya mendapat jumlah majoriti yang mencukupi.

“Ini kerana dikatakan tiada satu parti yang mempunyai jumlah yang cukup. Agong mencadangkan supaya bekerjasama dengan PH bagi membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’.

“Tapi kami telah bincang perkara itu sejak awal, kami tidak akan bekerjasama dengan PH kerana itu pendirian parti dari dulu sehingga hari ini,” katanya dalam sidang media di luar kediamannya di Damansara hari ini.

Jelasnya, PN telah menyerahkan dokumen akuan bersumpah berjumlah 115 kepada Istana Negara secara dalam talian semalam.

Walaubagaimanapun beliau dimaklumkan dokumen tersebut tidak mencukupi.

“Saya nak tunjuk bukti ketika saya serahkan menerusi email yang merupakan bukti kami serah sejumlah ahli Parlimen melebihi 112 seperti yang dikehendaki Perlembagaan Negara.

“Sebab itu kami yakin sewajarnya boleh bentuk kerajaan namun bila saya menghadap dikatakan ianya tidak mencukupi,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading