DALAM NEGARA
BN MOHON TANGGUH MENGHADAP AGONG- HISHAMMUDDIN
Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan Rabu 23 Nov.
Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan Rabu 23 Nov.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan Rabu 23 Nov.
“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, malam tadi.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan…tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.
Al-Sultan Abdullah semalam menitahkan 30 Ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi hari ini.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan kesiapsiagaan anggota di lapangan penting bagi mengelakkan kejadian...
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Pas MyKomuter50 yang menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari...
Mayat seorang wanita tanpa pakaian dan hampir mereput ditemukan terapung di sungai berhampiran Pekan Lama, Sungai...
Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Batu Enam sebelum melarikan...
Bekas hakim Mahkamah Aden yang kini menjadi tokoh pengajian hadis bersanad di Yaman, Syeikh Dr Yasir...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)