DALAM NEGARA
30 AHLI DEWAN RAKYAT BN DITITAH MENGHADAP AGONG ESOK
Ia susulan sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada jam 4.30 petang tadi.
Ia susulan sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada jam 4.30 petang tadi.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) menghadap secara individu di Istana Negara pada 10.30 pagi esok.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia susulan sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada jam 4.30 petang tadi.
Dalam kenyataannya, beliau berkata, proses tersebut bertujuan untuk Al-Sultan Abdullah membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.
“Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air tercinta.
“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” dalam kenyataannya hari ini.—AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempergiat usaha membanteras kegiatan sindiket pengemis di ibu negara, termasuk memperkukuh...
Tiada calon lain dipertimbangkan bagi jawatan berkenaan selain Aminuddin, yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.
Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Baru Neram 1,...
Perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan serta kelewatan hari ini selepas...
Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan sementara semua pendaftaran pelarian bagi...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.