BELUM ADA KEPUTUSAN MENGENAI PELANTIKAN PERDANA MENTERI
Belum ada sebarang keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 serta pembentukan kerajaan Persekutuan baharu pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat ini
KUALA LUMPUR:Belum ada sebarang keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 serta pembentukan kerajaan Persekutuan baharu pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pada sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini, Seri Paduka menitahkan perlu ada pakatan serta kerjasama daripada semua pihak supaya kerajaan baharu dibentuk secara kukuh demi kepentingan rakyat dan pemulihan ekonomi.
Anwar berkata Agong bertitah supaya kerajaan yang akan ditubuhkan kelak, harus mewakili semua pihak, semua kaum dan semua wilayah.
“Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini. Selalunya kita secara hormat tidak bagi ketetapan, hanya meminta pertimbangan dan kebijaksanaan Agong (untuk pelantikan Perdana Menteri ke-10 dan pembentukan kerajaan),” katanya pada sidang media di hadapan Pintu 2, Istana Negara di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara selama kira-kira sejam.
Ditanya nama yang dikemukakan setakat ini, Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun pada PRU15, Sabtu mengesahkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-10 telah dipersembahkan kepada Istana Negara setakat ini.
Anwar juga berkata setakat ini tidak timbul isu mengenai pembentukan kerajaan minoriti.
Mengulas sama ada terdapat cadangan untuk membentuk kerajaan minoriti, beliau berkata: “Buat masa ini tidak timbul soal membentuk kerajaan minoriti.”
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Keputusan PRU-15 menyaksikan PH memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti PN (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests