Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BANTUAN MAUT DIREMPUH KETIKA BANTU KERETA ROSAK

DALAM NEGARA

POLIS BANTUAN MAUT DIREMPUH KETIKA BANTU KERETA ROSAK

Seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan ketika sedang bertugas membantu sebuah kereta yang rosak di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah awal pagi tadi.

BATU KAWAN: Seorang anggota polis bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan ketika sedang bertugas membantu sebuah kereta yang rosak di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah awal pagi tadi.

JKSB dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketika kejadian, Musyiri Bakar, 49, berada di kawasan berkenaan untuk membantu kereta yang rosak di tepi jalan di Kilometer 11.6 dari Batu Kawan menghala ke Batu Maung.

“Kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori lima tan dipercayai hilang kawalan dan melanggar kenderaan peronda polis bantuan JKSB (Toyota Hilux) menyebabkan mangsa yang berada di hadapan kenderaan berkenaan tercampak ke lorong motosikal.

“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah motosikal yang turut melalui kawasan tersebut dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” menurut kenyataan itu.

Penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan manakala pemandu lori dan pemandu Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak JKSB masih menunggu siasatan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian  berkenaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading