Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS BURU SEORANG BEKAS TIMBALAN PENDAKWA RAYA

DALAM NEGARA

POLIS BURU SEORANG BEKAS TIMBALAN PENDAKWA RAYA

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya, Md Azar Izwan Mohd Arifin, bagi membantu siasatan sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Md Azar Izwan, 42, diburu kerana dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram membabitkan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

“Bekas timbalan pendakwa raya ini dah tamat perkhidmatan. Saya minta mana-mana individu atau keluarga yang tahu kedudukannya boleh berhubung dengan pegawai polis, Asisten Superintendan V Prakash.

“Suspek memainkan peranan penting dalam sindiket membabitkan Datuk Seri Nicky Liow,” kata Ayob Khan dalam sidang media hari ini.

Jelasnya suspek dicari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Katanya setakat ini berhubung kes terbabit, 92 individu telah ditangkap dalam beberapa siri serbuan di Puchong.

Daripada jumlah itu, 40 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Manakala bakinya dibebaskan selepas disiasat dan tidak terlibat secara langsung dalam kes terbabit. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading