KUALA LUMPUR: Sejumlah RM15 juta diperuntukkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu seramai 5,000 usahawan golongan asnaf melalui program Musa’adah Tijariyyah.
Menurut Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Musaadah Tijariyyah adalah antara inisiatif Program Transformasi Asnaf Jaya (PROTAJ) Baitulmal MAIWP yang menyediakan bantuan perniagaan bagi mengeluarkan golongan asnaf daripada kelompok miskin.
Tambahnya, Musaadah Tijariyyah tidak mensyaratkan pemohonnya untuk memiliki sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah selama enam bulan, sebaliknya hanya perlu memiliki sijil itu selama dua bulan dan masih aktif.
“MAIWP akan membantu penerima di bawah program ini dengan menyalurkan bantuan modal daripada dana zakat, dengan nilai bantuan maksimum RM3,000.
“Sebagai nilai tambah kepada bantuan ini, peserta juga akan diberikan kursus asas keusahawanan yang menjadi syarat sebelum bantuan disalurkan, sebagai persediaan sebelum memulakan perniagaan,” katanya semasa pelancaran Musa’adah Tijariyyah, hari ini.
Mohd Daud memaklumkan permohonan bantuan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian di laman web MAIWP atau menerusi kaunter Baitulmal MAIWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, bermula hari ini, 25 Mac sehingga 5 April ini.
Sementara itu, MAIWP turut memperkenalkan Bantuan Latihan Kemahiran Industri, skim bantuan di bawah PROTAJ untuk melatih anak asnaf.
Program tersebut menyediakan latihan untuk anak asnaf daripada pemain industri dan diberi jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan, katanya.
“Ini sudah tentunya membolehkan anak ini menjana pendapatan dan membantu keluarga. Ketika ini, MAIWP sudah menjalin kerjasama dengan enam pemain industri dalam pelbagai bidang, antaranya pembinaan bangunan, kimpalan, elektrik, automotif dan penerbangan.
“Seramai 70 pelajar akan mengikuti kursus antara dua dan 24 bulan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.43 juta,” katanya.
Dalam majlis yang sama, pertukaran memorandum perjanjian antara MAIWP dan institusi latihan berlangsung, selain penyerahan surat tawaran kepada pelajar terbabit.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked