POLIS INGATKAN BAKAL HAJI BERWASPADA TAWARAN VISA MUJAMALAH DAN FURADA
Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
KUALA LUMPUR: Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Beliau berkata dalam keterujaan rakyat Malaysia untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, wujud syarikat atau agensi pelancongan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap mereka.
“Kira-kira tiga bulan dari sekarang, musim haji bagi tahun 1446 Hijrah atau 2025 Masihi akan bermula. Dalam tempoh ini, pihak polis percaya akan ada cubaan penipuan membabitkan visa haji mujamalah atau furada seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
“Berdasarkan rekod, 44 kes penipuan haji dan umrah disiasat sepanjang 2024 melibatkan nilai kerugian RM890,810.53, manakala bagi 2025 sehingga 2 Feb, 17 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM364,620 sepanjang lima minggu sahaja,” katanya pada sidang media JSJK di sini hari ini.
Ramli berkata mujamalah atau furada adalah visa yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan hanya diberikan kepada kumpulan tertentu.
“Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu, dan tidak berkaitan dengan kuota haji rasmi yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.
“Namun visa seperti ini amat terhad, mahal dan hanya boleh dilakukan ketika saat-saat akhir kerana ia tertakluk kepada keputusan Arab Saudi. Dia (kerajaan Arab Saudi) pun tengok keadaan di sana dan sebagainya, baru dia beri pertimbangan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa ketidakpastian ini membuka peluang kepada sindiket penipuan untuk mengaut keuntungan daripada mereka yang terdesak mendapatkan visa haji.
“Maka untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, individu yang ingin mendapatkan visa mujamalah atau furada ini adalah dinasihatkan untuk berurusan dengan agensi yang dipercayai sahaja seperti Lembaga Tabung Haji,” katanya.
Ramli turut memberi amaran bahawa sebarang janji manis bahawa visa akan diberikan setibanya di Arab Saudi adalah palsu semata-mata.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests