Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SELAMATKAN WANITA, KANAK-KANAK PEREMPUAN DIPAKSA MELACUR

DALAM NEGARA

POLIS SELAMATKAN WANITA, KANAK-KANAK PEREMPUAN DIPAKSA MELACUR

Serbuan ke atas sebuah lot kedai berjaya menyelamatkan seorang wanita dan kanak-kanak perempuan yang disyaki dipaksa melacur dalam operasi di Banting, petang semalam. 

SHAH ALAM: Serbuan ke atas sebuah lot kedai berjaya menyelamatkan seorang wanita dan kanak-kanak perempuan yang disyaki dipaksa melacur dalam operasi di Banting, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata operasi yang dijalankan pada 3 petang itu mendapati premis tersebut telah diubah suai dan dijadikan kepada empat bilik menggunakan langsir.

Beliau berkata premis berkenaan telah menjalankan aktiviti persundalan itu kira-kira dua bulan dengan menyasarkan warga asing sebagai pelanggan. 

”Semasa serbuan dijalankan kita berjaya menahan seorang wanita tempatan yang berperanan sebagai ibu ayam dan dua wanita Indonesia yang bekerja sebagai pelacur.

“Serbuan itu juga berjaya menyelamatkan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, disyaki dipaksa melacur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata pihak polis turut menemukan seorang bayi perempuan 11 bulan yang merupakan anak kepada wanita berusia 25 tahun itu dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun. 

“Status kanak-kanak lelaki dan perempuan (11 tahun) itu masih dalam siasatan,” katanya. 

Beliau berkata kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Telok Datok, Banting untuk direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading