SEKOLAH AGAMA ASRAMA PENUH DI PERAK TIDAK DIBENAR GUNA BOTOL, BUNGKUSAN PLASTIK – SULTAN NAZRIN
Sekolah-sekolah agama berasrama penuh di Perak diarahkan untuk tidak membenarkan para pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol dan bungkusan plastik.
IPOH: Sekolah-sekolah agama berasrama penuh di Perak diarahkan untuk tidak membenarkan para pelajar menggunakan minuman dan makanan dalam botol dan bungkusan plastik.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha itu dirintis Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk meminimumkan penggunaan plastik sekali guna atas kesedaran impak negatif kepada alam sekitar dan kesihatan.
“Dunia kini diancam dengan impak negatif ke atas alam sekitar akibat penggunaan plastik sekali guna yang tidak terkawal.
“Kebanyakan bahan plastik tidak akan musnah sepenuhnya, sebaliknya hanya terurai kepada partikel lebih kecil yang dikenali sebagai mikroplastik, yang kini ditemukan dalam organ-organ dalaman manusia. Kesan jangka panjang mikroplastik ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar perlu diberikan perhatian serius,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah inisiatif MAIPk dan JAIPk menerapkan budaya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna itu hendaklah dicontohi semua jabatan dan agensi di Perak.
“Jabatan Pendidikan, Jabatan Belia, masjid, surau, rumah-rumah ibadat, NGO (badan bukan kerajaan), sewajibnya mendidik dan menyemaikan kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk mengamalkan budaya hidup lebih sihat dengan mempergiatkan kempen ‘Tidak Menggunakan Plastik Sekali Guna’ dalam kalangan rakyat beta,” titah baginda.
Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang berharga telah menarik perhatian pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan melakukan pencerobohan dan melakukan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Titah baginda, pencerobohan dan operasi secara haram akan menyebabkan ketirisan hasil negeri di samping menyebabkan berlakunya aktiviti perlombongan tidak terkawal dan tidak mengikut garis panduan sekali gus dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan masyarakat.
Baginda bertitah tindakan tegas dan pantas perlu diambil oleh agensi-agensi penguat kuasa terutama oleh Jabatan Perhutanan dan perbuatan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ jika berlaku dalam kalangan pegawai penguat kuasa yang bersekongkol dengan peneroka haram, hendaklah segera disiasat, dikenal pasti dan diambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.
Menurut Sultan Nazrin, NR-REE yang merupakan sumber mineral baharu, berpotensi menjana hasil negeri yang berdaya saing tinggi dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perak menganggarkan terdapat 1.69 juta tan metrik deposit bahan mineral itu di negeri ini dengan anggaran nilai RM40 bilion.
Titah baginda, pelaksanaan projek perintis di kawasan seluas 88 hektar, telah menghasilkan pengeluaran hampir 6,200 tan metrik karbonat REE.
“Berdasarkan 12 peratus royalti yang dikenakan daripada harga jualan, kerajaan beta telah memperoleh kutipan royalti berjumlah RM25.2 juta bagi tahun 2023. Dalam tahun 2024, kerajaan beta menyasarkan perolehan royalti melalui sumber mineral baharu ini akan mencecah RM50 juta,” titah Sultan Nazrin.
Titah Sultan Nazin lagi, potensi NR-REE tidak harus bertumpu kepada pengeluaran dan pengeksportan sumber mentah semata-mata.
Baginda bertitah kerajaan negeri kini berusaha merintis pembangunan ‘Loji Pemprosesan Pusat’ di peringkat sektor industri pertengahan dan pembangunan kilang-kilang berteknologi tinggi di peringkat sektor industri hiliran, bertujuan meningkatkan nilai harga pasaran bahan mineral berkaitan.
Sultan Nazrin bertitah beberapa lokasi strategik dikenal pasti untuk pembangunan CPP dan dalam usaha membangunkan industri pertengahan dan hiliran, kerajaan negeri bekerjasama dengan agensi Persekutuan, di samping merintis usaha menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat yang memiliki kepakaran dan teknologi khusus.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests