LANGKAH TEGAS KERAJAAN CEGAH RASUAH ISYARAT PENTING PUPUK PERSEKITARAN PERNIAGAAN TELUS, ADIL – SULTAN NAZRIN
Langkah-langkah tegas pencegahan rasuah memberi isyarat penting kesungguhan kerajaan mahu memupuk persekitaran perniagaan yang telus lagi adil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
IPOH: Langkah-langkah tegas pencegahan rasuah memberi isyarat penting kesungguhan kerajaan mahu memupuk persekitaran perniagaan yang telus lagi adil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah negara menghadapi cabaran besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi justeru tatakelola yang baik sangat diperlukan bagi membina keyakinan pelabur.
“Negara tidak terkecuali mendepani cabaran landskap ekonomi global yang lebih rumit dipengaruhi dinamik geopolitik, hubungan perdagangan dan pakatan ekonomi kuasa-kuasa besar.
“Malaysia tidak terlepas daripada kesan negatif akibat peperangan Ukraine-Rusia serta konflik berpanjangan Palestin-Israel yang menjadi bertambah berat dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza,” titah Sultan Nazrin pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Titah baginda usaha kerajaan memberi tumpuan kepada sektor-sektor pertumbuhan baharu merupakan inisiatif strategik yang mampu meletakkan ekonomi negara lebih berdaya saing di peringkat global dan amat penting untuk Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni.
Baginda menegaskan negara yang stabil, aman dan harmoni akan berupaya membangunkan negara yang makmur sekali gus melimpahkan kemakmuran negara untuk manfaat rakyat jelata.
“Negara yang stabil, aman dan harmoni akan dapat membangunkan warga yang kuat untuk membina negara yang kuat.
“Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan, warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan, tetapi warganya berminda pintar, memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah.
Menyentuh mengenai pentadbiran negeri, baginda bertitah Majlis Sukan Negeri mengambil langkah strategik memberi fokus mengupayakan dan memperkasakan sukan berprestasi tinggi.
Titah baginda antaranya program pembangunan atlet dan jurulatih, mewujudkan prasarana sains sukan dan peralatan berteknologi tinggi serta memperkukuh persatuan dan pengurusan kejohanan di pelbagai peringkat.
“Kerajaan cakna akan keperluan penyediaan kemudahan sukan yang kondusif dan selamat.
“Dengan kerjasama, bantuan dan peruntukan Kementerian Belia dan Sukan, beberapa projek pembinaan dan menaik taraf kemudahan sukan telah dilaksanakan di negeri Perak, antaranya pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk, projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak dan projek naik taraf Kompleks Rakan Muda Kampar,” titah Sultan Nazrin.
Baginda turut berkongsi kejayaan dicapai negeri antaranya bandar raya Ipoh kini berada dalam peta muzik dunia setelah berjaya menerima pengiktirafan Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dan Majlis Perbandaran Taiping yang diiktiraf sebagai Destinasi Alam Mesra Muslim Terbaik sempena Anugerah Pelancongan Islam Dunia 2023.
“Majlis Daerah Selama mencipta kejayaan menerima tiga anugerah inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan melalui usaha menggerakkan kegiatan ekopelancongan berasaskan komuniti yang melibatkan 49 pengusaha tempatan sebagai rakan strategik pelancongan; pendekatan yang telah meningkatkan dua puluh enam peratus kedatangan pelancong ke Selama dalam tahun 2023,” titah baginda.–AlHijrrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked