POLIS TAHAN LELAKI KELUAR KENYATAAN SOKONG HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL
Baru-baru ini tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia, menerusi satu temu bual dalam talian dengan pempengaruh Israel Hananya Naftali, disyaki berkata Malaysia dengan Israel perlu ada hubungan diplomatik selain meminta agar kedutaan Israel dibuka di negara ini.
Tangkap layar daripada video temu bual pempengaruh Israel, Hananya Naftali di media sosial.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan individu itu yang disyaki menyokong supaya Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki itu disyaki membuat kenyataan berkenaan dalam satu temu bual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang telah dimuat naik dalam laman TikTok sebuah portal media tempatan.
Menurutnya, lelaki itu direman selama dua hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
“Siasatan kes ini telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/ Pendakwaan (D5) JSJ di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.
“Polis mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” katanya.
Baru-baru ini tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia, menerusi satu temu bual dalam talian dengan pempengaruh Israel Hananya Naftali, disyaki berkata Malaysia dengan Israel perlu ada hubungan diplomatik selain meminta agar kedutaan Israel dibuka di negara ini. –AlHijrah Online
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.