Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI AUTISME YANG HILANG SEJAK SEMALAM DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI AUTISME YANG HILANG SEJAK SEMALAM DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid (dua, kanan ) melihat plan kawasan perumahan Flat Idaman Damansara Damai ketika PDRM bersama penduduk melakukan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang hilang sejak semalam disetiap rumah dan kawasan sekitar malam ini. Zayn Rayan Abdul Matin yang kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai Petaling Jaya pada 12 tengah hari semalam, ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamanannya di sini, malam semalam. –BERNAMA

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamanannya di sini, malam semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada jam 10 malam oleh penduduk setempat dengan bantuan anggota polis.

Beliau berkata Zayn Rayyan kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari semalam.

“Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM)  untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam semalam.

Mengulas sama ada kanak-kanak itu diculik atau sebaliknya, Mohd Fakhrudin berkata pihaknya setakat ini tidak mendapati sebarang unsur penculikan.

Berikutan mengenai keadaan mayat ketika ditemui, Mohd Fakrudin berkata mayat kanak-kanak itu dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian sukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya masyarakat setempat yang membantu polis dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak ini,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi, yang juga penduduk setempat yang terlibat mencari kanak-kanak itu, Faizol Najib Abudi Naim, 45, berkata beliau melakukan solat Isyak dan solat hajat sebelum meneruskan usaha mencari Zayn Rayyan malam ini.

“Sebelum ini termasuk siang tadi, saya bersama rakan-rakan lain mencari dia di kawasan berhampiran sungai namun tidak jumpa tetapi hari ini (malam ini) hati saya tergerak untuk mencari di tempat yang sama.

“Saya guna lampu suluh di kawasan anak sungai dan nampak sekujur tubuh lalu terus saya terjun ke dalam anak sungai berkenaan,” katanya.

Faizol berkata beliau memanggil Zayn Rayyan kerana menyangka kanak-kanak itu keletihan kerana dilihat berada dalam keadaan mengiring.

“Saya panggil nama dia (Zayn) tetapi dia tidak menyahut, terus saya menjerit memanggil ambulans rupanya Zayn Rayyan sudah tidak bernyawa. Saya sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading