Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PENGASUH DISYAKI DERA BAYI LELAKI TUJUH BULAN

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PENGASUH DISYAKI DERA BAYI LELAKI TUJUH BULAN

Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pada Khamis lepas, dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pengasuh kerana disyaki mendera seorang bayi lelaki jagaannya yang berusia tujuh bulan di sekitar Taman Universiti di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata wanita tempatan berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu bayi berkenaan pada pukul 4.30 pagi, semalam. 

Beliau berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan pada Khamis lepas, dan hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam pada tubuh mangsa.

“Mangsa masih di bawah pemerhatian pihak HSA dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati wanita itu menafikan telah mendera mangsa. Dia juga pernah dituduh di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membabitkan penderaan terhadap seorang kanak-kanak lain pada 2021. Kes itu masih dalam proses perbicaraan di mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading