POLIS TEMBAK MATI LELAKI MILIKI LEBIH 20 REKOD JENAYAH, DADAH
Hasil semakan rekod mendapati lelaki berumur 31 tahun itu memiliki 17 rekod lampau pelbagai jenayah antaranya samun berkawan dan senjata api serta tujuh kes berkaitan dadah.
PASIR PUTEH: Polis menembak mati seorang lelaki yang memiliki 24 rekod pelbagai jenayah lampau termasuk dadah di Jeram Pasu, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah mengekori sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu lelaki tempatan itu dari Melor, Kota Bharu.
Beliau berkata susulan itu, pasukan JSJ telah membuat pintasan dan menahan kereta suspek di Jeram Pasu, lalu lelaki itu keluar dari keretanya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
“Pasukan JSJ berbalas tembakan dengan suspek dan lelaki berkenaan mati ditembak di tempat kejadian di Jeram Pasu.
“Hasil semakan rekod mendapati lelaki berumur 31 tahun itu memiliki 17 rekod lampau pelbagai jenayah antaranya samun berkawan dan senjata api serta tujuh kes berkaitan dadah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Jeram Pasu, di sini hari ini.
Mohd Yusoff berkata lelaki yang ditembak itu merupakan suspek yang sangat dikehendaki polis dan telah lama diburu.
Berikutan itu, pasukan JSJ membuat pemeriksaan ke dalam kereta suspek dan menemukan sepucuk pistol semi auto, sepucuk pistol tiruan serta sebilah parang.
“Selain itu, polis juga menjumpai sebungkus tembakau roket yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk ke dalam penjara dalam bentuk ketulan.
“Kami percaya suspek yang ditembak mati ini berkemungkinan membuat penyeludupan bahan itu (tembakau roket) untuk masuk ke pusat-pusat tahanan,” katanya dan menambah hasil siasatan mendapati suspek bekerja sebagai penunda kereta.
Beliau berkata suspek yang berasal dari Pasir Puteh telah dibawa ke hospital daerah berkenaan untuk dibedah siasat.
“Polis juga sedang menyiasat sekiranya suspek bertindak melakukan jenayah seorang diri atau ada saki-baki ahli lain yang terlibat dalam jenayah ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests