Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRU15 DITERUSKAN WALAUPUN ADA NEGERI TIDAK BUBAR DUN

DALAM NEGARA

PRU15 DITERUSKAN WALAUPUN ADA NEGERI TIDAK BUBAR DUN

JASIN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Perasmian Loji Rawatan Air Chinchin 3 Jasin. — Bernama

JASIN: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.

“(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri. 

“Jadi pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 di sini hari ini.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ismail Sabri berkata mengadakan pilihan raya berasingan akan menyusahkan rakyat yang terpaksa keluar mengundi dua kali dan melibatkan perbelanjaan tinggi untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulas mengenai keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata UMNO telah menjangkakan perkara tersebut lebih awal.

Justeru itu, beliau berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah membuat beberapa kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersedia bergerak solo pada PRU15.

Bagaimanapun, katanya beliau menghormati keputusan mana-mana parti dan menyifatkan tindakan PAS sebagai hak parti berkenaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat semalam memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15 dan ia dibuat atas prinsip penyatuan ummah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading