Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PULUHAN RAKYAT PALESTIN CEDERA BERTEMPUR DENGAN ISRAEL

UTAMA

PULUHAN RAKYAT PALESTIN CEDERA BERTEMPUR DENGAN ISRAEL

BAITULMAQDIS: Rakyat Palestin pada malam Ahad bertempur dengan polis Israel di Baitulmaqdis hingga mengakibatkan puluhan cedera.

Gambar: AFP

BAITULMAQDIS: Rakyat Palestin pada malam Ahad bertempur dengan polis Israel di Baitulmaqdis hingga mengakibatkan puluhan cedera.

Pertempuran tersebut turut menyebabkan sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin ditangkap.

Ketegangan dilaporkan terjadi selepas pihak polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan bom tangan akibat dilemparkan objek.

Kejadian berlaku di hadapan Pintu Damsyik, ketika rakyat Palestin berkumpul selepas solat terawih pada malam kedua Ramadan.

Susulan kejadian 10 rakyat Palestin ditahan polis Zionis kerana didakwa merusuh dan menyerang anggota polis.

Pihak Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan 11 orang cedera dalam pertempuran itu.

Ramadan tahun lalu, pertempuran berlaku antara tentera Israel dan Palestin di perkarangan masjid Al-Aqsa timur Baitulmaqdis, menyebabkan konflik dahsyat antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza. – AFP


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading