Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAJA CHARLES III DISAHKAN HIDAP KANSER, DUKE OF SUSSEX BERLEPAS KE LONDON

DUNIA

RAJA CHARLES III DISAHKAN HIDAP KANSER, DUKE OF SUSSEX BERLEPAS KE LONDON

Baginda menjalani rawatan berkaitan prostat benigna. Semasa menjalani rawatan ini, satu lagi masalah kesihatan dikesan yang kemudian disahkan sebagai sejenis kanser.

Sumber Gambar: AFP

LONDON: Raja Britain Raja Charles III disahkan menghidap kanser, menurut Istana Buckingham pada Isnin, lapor Xinhua.

“Baginda menjalani rawatan berkaitan prostat benigna. Semasa menjalani rawatan ini, satu lagi masalah kesihatan dikesan yang kemudian disahkan sebagai sejenis kanser.

“Baginda tetap positif… dan berharap untuk kembali menjalankan tugas baginda secepat mungkin,” menurut kenyataan istana.

Sementara itu, Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa Duke of Sussex akan berlepas ke London dalam masa terdekat untuk berada di sisi baginda. 

Pejabat Duke dan Duchess of Sussex memaklumkan bahawa Raja Charles telah pun menghubungi kedua-dua putera baginda bagi memaklumkan mengenai perkara berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading