Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Raja dadah bakal dipenjara

DUNIA

Raja dadah bakal dipenjara

Raja dadah Mexico, ‘El Chapo’ bakal berhadapan hukuman penjara seumur hidup – Foto Sinar Harian

NEW YORK, 13 Februari – Ketua kartel dadah Mexico, Joaquin Guzman didapati bersalah atas beberapa tuduhan termasuk pengedaran dadah, pemilikan senjata api serta penggubahan wang haram.

Dia yang digelar ‘El Chapo’, 61, merupakan ketua kartel dadah Sinaloa di utara Mexico yang juga pembekal terbesar dadah ke Amerika Syarikat (AS).

Dia ditahan pada Januari 2016 selepas melarikan diri dari sebuah penjara di Mexico lalu diekstradisi ke Amerika Syarikat pada 2017.

Dalam perbicaraan di Brooklyn, New York yang diketuai Hakim Brian Cogan, juri sebulat suara menjatuhkan sabitan bersalah ke atas Guzman, sekali gus menyaksikannya berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Sinar Harian memetik kenyataan BBC yang melaporkan bahawa Guzman dilihat tenang ketika keputusan mahkamah dibacakan semalam, manakala peguamnya memaklumkan akan merayu keputusan terbabit.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading