RAKAMAN CCTV BERKAITAN KES WARGA ISRAEL TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN KEPADA UMUM – MAHKAMAH
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam kes membabitkan warga Israel, Avitan Shalom yang berhadapan dengan pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api; agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes itu tidak didedahkan kepada pihak umum selain saksi pakar.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam kes membabitkan warga Israel, Avitan Shalom yang berhadapan dengan pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api; agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes itu tidak didedahkan kepada pihak umum selain saksi pakar.
Hakim Norina Zainol Abidin memutuskan perkata itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rullizah Abdul Majid memaklumkan bahawa rakaman CCTV itu hanya boleh dijadikan rujukan kepada saksi pakar sahaja pada perbicaraan.
“Pihak pendakwaan telah menyerahkan rakaman CCTV kepada pihak peguam dan memohon agar rakaman CCTV itu tidak didedahkan kepada mana-mana pihak atau umum. Selain itu, pihak kami juga telah menyerahkan semua dokumen termasuk analisis laporan forensik kepada pembelaan,” katanya pada sebutan kes berkenaan hari ini.
Permohonan itu tidak dibantah oleh peguam Jeffrey Ooi yang mewakili Avitan, 38.
Rullizah turut memohon agar tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dijadualkan semula kerana salah seorang TPR Mohamad Mustaffa P Kunyalam terlibat dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bertindih dengan kes Avitan.
“Sebelum ini tarikh-tarikh perbicaraan ialah pada 30 Sept, 1 hingga 3 Okt yang kemudian bersambung pada 7 hingga 11 Okt. Jadi pendakwaan mohon agar tarikh 30 Sept ini yang merupakan hari pertama perbicaraan dijadikan sebagai sebutan kes untuk pihak-pihak berkenaan menjadual semula tarikh-tarikh perbicaraan,” kata Rullizah.
Norina kemudian menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi penetapan tarikh perbicaraan baharu.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Avitan didakwa berdagang enam senjata api iaitu Glock 19 USA 9×19 (Nombor Siri AEGS286), Sig Sauer P3205P (Nombor Siri 58C283463), Cougar 8000FT (Nombor Siri T6429-10G002496), Glock 17 Gen4 Austria 9×19 (Nombor Siri: BDZZ090), M&P 9C Smith & Wesson Springfield MA USA (Nombor Siri: DSW9077) dan Stoeger Cougar 8000F (Nombor Siri T6429-08-A029304).
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun, dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests