Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LEMAS KETIKA AMBIL BOLA DALAM SUNGAI

DALAM NEGARA

REMAJA LEMAS KETIKA AMBIL BOLA DALAM SUNGAI

Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa dia cuba mengambil bola petang semalam, ditemukan mati lemas di Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong, hari ini.

Sumber gambar: JBPM

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai semasa dia cuba mengambil bola petang semalam, ditemukan mati lemas di Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong, hari ini.

Mayat Wan Mohamad Hafiq Wan Ismail, 13, ditemukan terapung pada 8.21 pagi ini, kira-kira 2 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata bomba yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.56 petang, melakukan pemantauan di lokasi terlibat, sebelum operasi mencari dan menyelamat diserahkan kepada Pasukan Penyelamat di Air.

“Hari ini pencarian dilakukan menggunakan dua bot bermula pukul 8 pagi, dan kira-kira 20 minit kemudian mayat remaja itu ditemukan terapung kira-kira 2 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norazam berkata mayat dibawa ke Pusat Kawalan Bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading