REMAJA OKU: “ARWAH IBU SURUH BAKAR RUMAH”

Kediaman di Kampung Gong Nangka, Kuala Ibai ini musnah 100 peratus

KUALA TERENGGANU: Mendakwa ‘disuruh’ oleh arwah ibunya, seorang remaja kelainan upaya (OKU) membakar rumah neneknya malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.50 malam, di Kampung Gong Nangka, Kuala Ibai, ketika remaja berusia 14 tahun itu tinggal sendirian di rumah, pada masa sama, bapa dan neneknya berada di rumah saudara yang terletak tidak jauh dari lokasi kebakaran.

Juriah Salleh, 64, nenek saudara kepada remaja tersebut memaklumkan ada terdengar bunyi letupan sebelum api menjadi marak.

“Dia (remaja OKU) kata dia bakar sebab nampak arwah ibu dia suruh bakar dengan mancis, kertas, lilin dan diletak dalam kain.”

Juriah Salleh
Pemilik kediaman

Menurut Juriah, ini bukan kali pertama berlaku kerana remaja OKU itu pernah cuba membakar rumah yang sama pada 2016, namun cubaan itu berjaya digagalkan.

Kesan kebakaran selepas api berjaya dipadam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar mengesahkan kediaman itu terbakar 100 peratus, dan bomba mengambil masa 35 minit untuk mengawal dan memadam api.

Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan nilai kerugian yang berpunca dari kebakaran itu.- AlHijrah Online / Faez Baderolhesam / Kamalruddin Taib

Leave a Reply