Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MESYUARAT KABINET BINCANG ISU VEVEONAH MOSIBIN

DALAM NEGARA

MESYUARAT KABINET BINCANG ISU VEVEONAH MOSIBIN

Veveonah Mosibin

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini dalam mesyuaratnya membincangkan tentang isu membabitkan Veveonah Mosibin, remaja yang dilapor menduduki peperiksaan dalam talian, 12 Jun lepas namun terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik.

Dalam mesyuarat pagi tadi, jemaah menteri mengambil maklum bahawa kenyataan dua Timbalan Menteri tentang isu berkenaan adalah tidak betul dan tidak wajar.

Ciapan Twitter Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Menerusi ciapan di Twitternya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu sebenar yang berbangkit adalah capaian internet dan kemudahan asas lain, khususnya di kawasan pedalaman.

Jelas Khairy, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki situasi itu.

Terdahulu, Universiti Malaysia Sabah (UMS) juga mengesahkan bahawa Veveonah sedang menduduki peperiksaan dalam talian, ketika video itu mula tular di laman sosial.

“Saya mengesahkan pelajar Asasi Sains, Veveonah Mosibin telah menduduki peperiksaan akhir (online) pada 9-12 Jun 2020.”

Pengarah Pusat Asasi Sains UMS

Veveonah juga dianggap pelajar cemerlang dan akan meneruskan kursus ijazah Sains Marin di UMS. Beliau mengambil peperiksaan akhir pada 9 hingga 12 Jun lalu menerusi dalam talian, namun terpaksa mendudukinya di atas pokok untuk capaian internet lebih baik. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading